Wednesday, May 11, 2011

kerja oh kerja..



Saya berpendapat sebelum idea untuk menulis perihal ini pergi begitu sahaja lebih baik ia dijadikan dalam satu wadah yang boleh memberi manfaat kepada semua.'Bekerja,pekerjaan,pekerja,mengerjakan dan dikerjakan' semua itu memberi gambaran yang jelas akan perbezaan itu.Dunia semakin pelik.Suatu ketika kita merasa tertekan apabila susah mendapat pekerjaan yang kita ingini,suatu ketika juga berasa ditekan apabila mendapat pekerjaan bukan pada bidang yang selari dengan jiwa kita.Dapat salah tak dapat pun salah.Dimana silapnya? =)

Hidup ini jika semakin banyak yang dikeluhi semakin banyak perkara-perkara negatif bakal menjelma menghantui kita.Ada kisah seorang sahabat yang begitu pelik pada pandangan mata ini.Jika dilihat pada perwatakkannya sewaktu belajar hampir 75% tekaan mengenai karier selepas belajar adalah memilih profesion guru tetapi hakikat beliau seorang daripada jurusan IT.Pejam celik selepas menamatkan pengajian dikhabarkan bekerja di sebuah bank terkemuka.Dipendekkan cerita saban hari hal yang diceritakan oleh sahabat ini adalah 'tekanan dan tertekan',dengan tuntutan kerja yang semakin menekan menjadikan beliau semakin 'terseksa' dengan apa yang dinikmati didunia kerjaya.Kadang-kadang 'laporan' yang dihantar itu mesti akan terkait juga dengan masalah kerjanya,kesian bila memikirkan.Jika dipandang pada gaji bulanan insyallah lebih daripada cukup itu untuk memenuhi keperluan kehidupan.Tetapi penuhkah tuntutan jiwa? =)

Kita selalu bertanya pada nafsu iaitu keperluan yang ingin dimiliki tetapi kita jarang untuk bertanyakan kepada jiwa kepada tentang apa yg ia mahukan.Bekerja adalah satu rutin yang menuntut kita supaya memenuhi tuntutan fitrah itu sendiri bagi memenuhi keperluan kehidupan kita jadi perbezaan yang wujud dalam dunia kerjaya ini ada dua sahaja iaitu 'suka atau tidak' sahaja.Ada dikalangan kita bekerja dengan kerjanya kita tidak suka begitu juga sebaliknya,jadi apa masalahnya sekarang?Jadi keluhan itu saya pantas membalas dengan persoalan yang dia akan fikirkan :

"Iaitu adakah apa yang dinikmati sekarang selari dengan tuntutan jiwa kamu?jawapannya tidak ada hati pada kerja itu.Kenapa?sebab ia bukan bidang saya.Bagaimana dengan gaji?terlebih cukup,tambah dengan bonus sekali.Kamu tenang dengan kerjaya yang dimiliki?tidak ikhlas,asyik marah,tipu menipu la,Bagaimana pula dengan kerja?jawapannya sangat tertekan!"

Saya tersenyum mendengar keluhan itu,meskipun acap kali mendengarnya tetapi istilah memahami situasinya tetap ada simpati itu.Saya mengulas bukan sekadar bersabar semata-mata,tetapi sedaya upaya cuba membuka skop penerimaannya bahawa pekerjaan ini adalah satu ibadah.Apabila kita bercakap mengenai ibadah ia mesti disertai dengan keikhlasan dan keyakinan dalam mengejar redha illahi.Begitu juga dalam kita keluar mencari nafkah,untuk mengejar duit beribu-ribu mungkin kita mampu tetapi untuk mencari redha tuhan walaupun satu ia tidak semudah yang disangka.Duit beribu kita boleh capai jika ditolak dengan halal-haram pasti mudah tetapi untuk mendapat redha tuhan dalam setiap pekerjaan begitu sukar untuk dinikmati.Sebab itu kita pernah mendengar duit banyak tetapi tetap tidak tenang juga.Itulah mahalnya harga sebuah redha tuhan beralaskan keberkatan yang tiada tandingan.Tidak salah untuk bertukar kerjaya yang kurang sedikit gajinya asalkan hidup tenang mengiringi dan tidak salah kurang gajinya asalkan kita menikmati pekerjaan itu penuh keikhlasan dalam mendamba redha-Nya.

Setiap Muslim yang berkemampuan wajib hukumnya bekerja sesuai dengan bakat dan kemampuannya.

Rasulullah bersabda, “Mencari rezeki yang halal itu wajib sesudah menunaikan yang fardhu (seperti shalat, puasa dan sebagainya),”(HR ath-Thabrani dan al-Baihaqi)

Setiap pilihan ada akibatnya.. =)

No comments:

Post a Comment