Sunday, June 5, 2011

Masih Ada Sebab Untuk Menyangi 3


namun sayang,
Saya dilahirkan bukanya untuk membenci,
apatah lagi saya mengenali dunia ini bersama seseorang bukanlah dengan kebencian,
tetapi bersama harapan untuk menemui setitis sinar bahgia.

Mungkin ikatan itu yang harus dipersalahkan,
kerana ia terlalu singkat untuk saling mengenali atau mungkin untuk menyemai benih2 cinta..

namun saya sedar,
Kebencian menjadikan hidup ini terasa kekosongan,
dan kekosongan itu menjadikan kita terasa berjauhan,
kerana itu saya cuba melupakan,
Demi setitis rasa sayang PERSAHABATAN,

Walaupun perit,
saya akan cuba memahami,
kerana saya tahu,
saya masih ada sebab untuk mempercayai dan menyayang....

No comments:

Post a Comment